KUALA LUMPUR: Nafsu membuak-buak mendorong seorang pemilik kedai yang juga pembuat roti canai memperkosa pekerjanya sendiri menggunakan secawan kopi yang dicampur ubat khayal.
Perbuatan suspek yang berusia 48 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas mangsa yang diperkosa sejak tiga bulan lalu hamil dua bulan.
Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 16 tahun diperkosa majikannya beberapa kali, namun takut mendedahkan kejadian kerana bimbang dan malu.
Menurutnya, siasatan polis sebelum ini mendapati mangsa bekerja sebagai pembantu di kedai roti canai milik suspek yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.
“Mangsa dirogol pada 26 Julai lalu di satu bilik di belakang kedai majikannya itu ketika dia hendak menukar pakaian.
“Ketika itu, suspek sengaja pergi ke bilik berkenaan membawa secawan kopi kesihatan kononnya sebagai tanda simpati kerana melihat mangsa kurang bermaya dan keletihan,” katanya.
Menurutnya, selepas meneguk air kopi itu, mangsa berasa pening dan pengsan dalam bilik berkenaan.
“Kesempatan itu digunakan suspek untuk merogol mangsa.
“Kejadian hitam itu disedari mangsa sebaik tersedar beberapa jam kemudian. Mangsa terkejut apabila mendapati pakaian dalamnya terlucut manakala kemaluannya sakit,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang mengesyaki dirinya diperkosa kemudian menyoal suspek berhubung kejadian itu, namun suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kepada sesiapa.
“Lebih malang apabila kejadian rogol itu berulang beberapa kali apabila mangsa terus menjadi mangsa nafsu buas majikannya dalam bilik di kedai berkenaan.
“Difahamkan mangsa yang diperkosa sehingga September lalu bimbang untuk menceritakan kisah dialami kepada keluarga selepas turut diugut akan dipukul oleh suspek,” katanya.
Katanya, mangsa yang merasai perubahan pada dirinya memaklumkan masalah kepada ibu saudaranya.
“Berikutan itu, mangsa dibawa ibu saudaranya menjalani rawatan di hospital. Namun semuanya terbongkar selepas doktor yang menjalani pemeriksaan terhadap mangsa mengesahkan mangsa mengandung dua bulan.
“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam,” katanya.
i dont remember when this happen tp i simpan ni
sebab ada satu benda yg menyakit kan hati i. actually,
i just read ni dekat satu forum ape ntah. and there is
a rude reply ( for me ) from this one member of the
forum and i rasa dia mesti lelaki. and for god sake,
for me i think this guy are not grow yet.
Wednesday, November 25
Di rogol majikan sendiri. Cam haram.
Posted by dianna at 11/25/2009 08:06:00 AM 15 comments Links to this post
Labels: rogol
Tuesday, November 24
Tempuhi dugaan dengan senyuman. :)
hehe i memang sentiasa poyo, mesti ada yang membara-bara hati
dengan i kan? tapi nak buat macam mana, i memang poyo sikit.
sejak akhir - akhir ni, banyak sangat dugaan yang i terima.
banyak lah dari macam - macam segi. kalau dulu kan, kalau
i susah ke ape ke, i mesti akan cerita dekat parent i, jadinya
selalunya masalah tu akan dapat di selesaikan. tapi sekarang
kalau ada apa-apa semua i yang kene fikir dan selesaikan sendiri.
memang tak sabar nak tunggu papa & mama balik, tapi excited
sangat dan bersyukur sebab mama & papa tunaikan haji. buat
apa yang selama ini kita dengar dan tengok kat tv je. lepas ni
nak tengok astro OASIS nak tengok khabar haji. mana tahu
mama n papa masuk tv. hehe poyo kan? xpe xpe. sabar ye sume.
hari ini cermin kereta i retak sikit sebab kena batu. i macam nak
menangis je sebab kenapa lah dugaan datang dekat i bertimpa -
timpa. tapi takpe. i tahu semua ni ada hikmahnya kan? nasib
baik lah ada adik i yang selalu menjadi pasukan sorak i. jadi
i menjadi kuat dengan sendirinya. yang penting tak sabar nak
tunggu mama n papa balik. banyak benda i nak cerita.
banyaaaaaaaaaaaaaak sangat.
Posted by dianna at 11/24/2009 07:19:00 PM 3 comments Links to this post
Beza Pre-order & ready stock
salam semua umat manusia :)
mari sini semau rapat - rapat i nak terangkan pasal pre -order
dan ready stock. kalian tahu ke apa itu? ok buat pembeli tegar
online mesti tahu apa tu kan?
selalunya barang pre order adalah barang di import dari korea,
china, taiwan dan mane2 je lah kan. maksudnya dari luar negara.
tapi yang paling famous dari negara yang i sebut tu lah. dan kalau
u all semua nak tahu item-item nya. ini dia.
Posted by dianna at 11/24/2009 12:16:00 AM 7 comments Links to this post
Labels: online shopping, pre-order, ready stock, shopping
Monday, November 23
Tempahan jahit murah di shah alam.
siapa tahu? siapa tahu? i nak hantar my shawl pergi jahit tepi.
kalau kat kedah, ada satu kedai ni, memang dah biasa dgn
dia. first time hantar die charga RM2 je satu shawl, kalau
hantar banyak - banyak die charge RM1. tapi dekat shah alam
ni mak aihh. melampau-lampau harga dia. satu shawl RM4.
gile ke ape. macam mana nak bagi harga reasonable kat customer
kalau tempah jahit tepi tu pun dah RM4. kan?
jadi anda tolong lah bagi tahu. sangat important ni.
Posted by dianna at 11/23/2009 11:40:00 AM 3 comments Links to this post
Sunday, November 22
Great day :)
lebar sebab im rushing. meet rara & ynn :) rara so cuteee but dia tak
kenal i. sedih. ynn sangat friendly. tak sempat ambil gambar. next time
okay?
it just another two weeks. papa & mama will be back. cant wait.
Posted by dianna at 11/22/2009 10:02:00 PM 10 comments Links to this post
Labels: wedding
Friday, November 20
Love.
Posted by dianna at 11/20/2009 10:03:00 PM 7 comments Links to this post







