5/18/2009

bila bercakap tentang kehidupan

*gambar lama. hampir 4 tahun. yang penting rindu.

hai semua orang.
lately ini sangat gembira.
gembira sangat sampai tiada apa lagi yang perlu dirisaukan.
handphone adek rosak, semalam papa belikan hp baru untuk dia.
dan juga untuk saya. yelah. mana boleh dia tukar hp saya tak bolehkan?
hee ( senyum gedik2 ).

okay sebenarnya bukan itu yang saya nak ceritakan.
saja je nak bagi bangga sikit bile bukak entry hee.
okay cukup lah saya bunyi hee hee annoying kan?
saya pun rasa annoying sangat. tak payah lah nak tambah bunyi kan?
okay dah cukup - cukup. jangan asyik nak type cukup ye.

tadi saya dan semestinya family pergilah main bowling.
dan singgah makan di mcD. saya makan bubur je. konon nak diet lah.
haha hakk tuihh. okay memang saya diet pun.
tak nampak ke tu azam saya untuk cuti ni?
beri semangat kat saya boleh tak? jangan asyik nak suruh saya makan je.
okay dah cukup lah jangan merepek lagi dianna.

tadi papa jumpa seorang muallaf. baru masuk islam bulan satu.
kesian dia. dibuang keluarga sebab masuk islam.
tiada siapa memahami kan?
dia tanya harga burger kat papa.
RM8++ saya pun x ingat berapa. muka dia terkejut sangat.
mungkin dia tak da duit nak beli.
papa bagi lah derma sbb dia minta bantuan zakat.
kemudian dia baik sgt. bagi kami mangga dan kentang goreng.
dia kata, sebelum masuk islam.
dia duduk, minum dan berjudi.
hati tak tenang, bila masuk islam hati tenang.

:)


p/s : sekarang saya mula suka oasis. sebab iklan satu je.

No comments:

Followers