6/20/2009

Perempuan gemuk yang yakin.

* ya saya. saya seorang perempuan gemuk yang yakin.
:)

terharu saya dapat email dari seorang silent reader saya.
kata dia dah lama dia ikut blog saya.
semata - mata nak tengok saya berpakaian macam mana.
dia kata, saya nampak yakin dengan diri saya.
walaupun saya tidak mempunyai tubuh seperti angelina jolie
atau paling koman pun seperti Rozita Che Wan.

begini bunyi email beliau.

" salam dianna. terima kasih kalau dianna sudi baca email akak.
akak ***** ( nama dirahsiakan ). akak tak lah tua sangat umur akak baru 22 tahun.
akak suka sangat tengok dianna.
dalam myspace dalamfriendster.
dianna pandai bergaya, gaya dianna simple je.
macam mana dianna bergaya?
akak sampai sekarang takde siapa yang suka, mungkin sebab gaya akak.
akak takut nak pakai baju fancy-fancy.
takut orang mengata akak belakang.
akak rasa rendah diri sangat. akak macam tiada hidup. kalau di pejabat,
ada function, akak tak tahu nak pakai baju apa. orang lain sibuk kesana sini
beli baju lah, tudung lah kasut lah. tapi akak tak tahu nak bergaya macam mana.
kalau dianna boleh ajar akak. mungkin.
dianna upload lah gambar diannasetiap kali keluar.
dan terangkan kat akak apa yang dianna pakai.
mungkin boleh bantu akak. akak buta fashion skit.
harap dianna dapat bantu akak.
salam "

menitik air mata saya baca email.
tak sangka saya. ada juga orang yang inginkan nasihat saya.
saya bukanlah orang yang pandai bergaya.
tapi mungkin persekitaran saya mebuatkan saya tahu
apa yang saya patut pakai, dan apa yang tidak.

saya pernah juga dulu merasa sangat down.
saya tak yakin pada diri saya.
saya malu nak keluar berjalan, sebab saya rasa
tiada siapa yang mahu melihat saya.
saya malu nak bercakap atau berjalan dihadapan lelaki.
saya takut, saya akan diketawakan.
tapi yang sebagaimana yang kita tahu.
itu semua mainan perasaan kita. hati kita yang selalu sangat berfikiran tertutup.
kita kena lah sayang diri kita. terima diri kita seadanya.

first perubahan yang saya buat pada diri saya ialah shawl.
saya pakai shawl. start dari situ, saya memang dah ada perasaan yakin.
shawl ringkas dan kemas. ada banyak corak yang menarik.
dan colourful juga. walaupun kita pakai baju hitam.
tapi dengan shawl yang colourful, kita dah sangat outstanding.
kita kenalah pandai match kan shawl dengan baju.
susah saya nak terangkan tapi nanti lah kalau saya ada masa.

dan jangan sempitkan fikiran.
kita ada banyak cara nak pakai baju.
tak semstinya kita bergaya bermakna kita perlu beli baju yang mahal.
kita hanya perlu beli baju yang unik & yang penting sesuai dengan kita.
jangan kita tengok baju tu cantik, dan terus beli.
fikir dulu, sesuai tak baju ni dengan kita.
ade tak tudung yang matching. bila kita boleh pakai baju ni.
semua tu kita kene tengok. jangan beli baju yang tak sesuai dengan kita.
tanya pendapat orang lain, sebab kadang-kadang cermin pun menipu kita.

yang paling penting sekarang.
adalah diri kita. bukan orang lain.
biar lah orang nak menghina kita atau ketawakan kita.
asalkan kita tak guna walau sesen pun duit dia.
yakin dengan diri kita. sayang diri kita.
itu yang paling penting.

saya harap saya dah dapat bantu akak dengan kata-kata saya.
saya bukan lah fashion designer atau fashion reviewer yang tahu semua.
saya harap, entry saya ini dapat membantu semua orang yang
tidak mempunyai tubuh secantik rozita che wan ye.

okay mari kita ubah topik sebentar.
semalam tengok DRAG ME TO HELL.
sumpah the best movie ever.
YANG SAKIT JANTUNG harap jangan tengok ye.


* oversized top ; couplebirds, shawl, clincher, black skinny pant ; topshop,
crocs shoes ( alice ) purple *


* they are great kan?

&&& i love hang out with my sisters. they are the best sister,friend,girlfriend i ever had.
;)

16 comments:

cik ziqa said...

dear!
btl tu
everything kena start dgn self confident
i heart u!! *hugs

p/s:i love ur style jgk :D

melmel said...

babe!
sedey bc emel tuh..
waaa :(
tol2 kite mesti yaken dgn diri kite sendiri,
plus, mel pon mulekan perubahan dengan shawl.hehe
same la kite...
:)
p/s: i pon gemuk juge :(

dianna said...

to cik ziqa : yeah mmg betulkan?
tapi susah kite nak build up our own self confident sometimes bile nobody support kan?

and i heart u moreee ;)

dianna said...

to melmel : sedihkan? i lagi sedih.
bayangkan die nak minta nasihat dri i. i ni dah lah tak tahu ape2.

p/s : gemuk is just a word syggg :)

Ynn. said...

i kn, slalu sgt pkai tdung hitam. coz i rse i sng nk bentuk,kalau tdung lain cm x match ngn i, lg2 shawl. nnt smua org gelakkan i ;(

and lg satu,i mmg xpndai nk match kn bju dgn tdg tau :( tah la i rse hitam lg best smua bole masuk,smpai kwn i tnye u x de tudung lain ke?pdhal i ade bykkkkk tudung hitam and sme jenis kah kah kah. tlg i =.=

i pn gemukkk :(

dianna said...

to ynn : sygkuuu dulu i pun pakai tudung hitam tau. selalu sgt. sbb kite rase kemas & selesa kan? kan?

dont worry lah dear.
as long as u selesa ngan diri u.
its okay. :)

julietANNA said...

haih me too.chubby :D
but im proud of it.xsemestinya gemuk,kita xleh jd mcm org lain.gemuk or kurus,semua sama je.
alhamdulillah self-confident i pun dah ok skit.xmcm dlu.dlu i nk pkai shawl pn malu takut nmpk muka gemuk but bila fikir blk,i selesa bila pkai shawl so xkisah laa.
asl i selesa.lps dah biasa,xde plak org nak tegur ke apa.thnk god.

i love ur style too :)

[S]itie [B]Um [B]Um said...

btol2..keyakinan itu penting!!

dianna said...

to julietanna : thanks. yeah. dulu i pun low selfconfident. but sampai bile kan? kite kene yakin dgn diri kite dulu baru org leh yakin dgn kite kan? :)

dianna said...

to sitie bum bum : yeah yeah betul :)

dylla fadzil said...

confident confident confident
=D

efizz said...

u must be brave dearrrr
;p
i support u

*adibalala; said...

kak dianna yang hot stuff!
kak dianna mantap ah!
rasa terharu baca entri kali ni.
harap kak diana terus rock the world.
:)

dianna said...

to efizz : yeah of course. thanks :)

to adibalala : yeah yeah rock the world lah sgt. adiba pun rock lah the world :))

-niesa amer- said...

i agree. paling penting kena yakin. i pun chubby jugak. pipi tembam. but, kena confident dan tahu apa yang masuk dengan badan kita.

and i agree dengan pemakaian shawl. shawl really ubah penampilan kita. kena berani 'mix and match'.

dan kena pandai cari rujukan. magazine dan internet boleh jadi rujukan.

last but not least, i do adore ur style. u punya confident and style, i suka.

=)

dianna said...

to niesa amer : thanks sygg.
im learn from magazine & internet too. but magazine skang, kurang tampilkan gaya bertudung yang moden kan? sume poyo jeee. hehe

Followers