6/22/2009

REDZUAN BIN YAACOB

ye ini dia. ayah saya. :)

sila lah abaikan perut saya tu.

terlambat sikit saya keluarkan enrty SELAMAT HARI BAPA ni kan?
yelah saya busy sket akhir-akhir ni dengan macam - macam benda.
alahai cakap mengalahkan pm je kan?
patutlah mama panggil saya wakil rakyat. HAHA
asyik sibuk memanjang mengalah kan rosmah mansor pulak kan.

tapi saya tak terlambat wishkan SELAMAT HARI BAPA.
tepat pukul 12.01 malam saya dah wishkan dah.
dengan adik-adik saya yang gedik dan mengada-ngada tu.

saya sayang sangat ayah saya.
dia lah ayah saya dunia & akhirat.
banyak salah & silap saya pada papa.
saya ingat lagi. waktu saya darjah 6. saya ada dua kawan.
yang kononnya kawan baik, padahal dieorang tu haram.
saya nak pergi library, kononnya ada study group.
tapi ayah saya yang kene ambil kami untuk ke library.
dua ekor beruk ni suruh ayah saya ambil mereka didepan rumah.
rumah kalau sebelah-sebelah xpelah.
ini sorang kat johor sorang kat perlis.
ok ok. tu hyperbola tu. saya ni asyik tipu anda je.
anda pula asyik percaya je kan. ish ish
okay kembali kepada cerita. saya yang bangang ni.
suruh ayah saya jadi driver, pergi ambil dieorang.
satu satu. kemudian, dieorang nak makan kfc.
bila sampai kfc. tak nak keluar kereta.
suruh lah ayah saya keluar dan pergi beli untuk mereka.
haram jadah betul perempuan ini lah.
saya tak kan lupa salah saya yang ini.
tak kan berulang lagi pa. akak janji.

saya juga ingat lagi.
waktu saya baru masuk Uitm.
papa suka sangat. waktu hari pendaftaran,
saya dapat bilik tingkat 4. bayangkan. tingkat 4.
dan hari pertama, saya mestilah bawa banyak barang.
plus saya jauh dari rumah, mesti lah segala isi rumah saya bawa.
papa bawa beg saya yang paling berat.
papa penat, papa tak boleh naik tangga banyak-banyak.
papa asyik tanya saya. "jauh lagi ke kaklong."
saya boleh jeling papa. tapi papa senyum je.
jahatnya saya. derhakanya saya.
saya ingat salah saya yang itu. dan ia takkan berulang lagi.
akak janji pa.

banyak sangat silap & salah saya pada papa.
tapi saya janji semua itu takkan berlaku lagi.
saya janji saya takkan biarkan siapa pun sakitkan papa.
saya janji saya takkan biarkan siapa pun jatuhkan papa.
saya janji.

papa banyak beri saya dan adik-adik kemewahan.
papa belajar tak tinggi. tapi rezeki papa murah.
saya tahu sebab apa.
papa baik sangat, papa lagi banyak memberi dari menerima.
semua yang saya & adik-adik nak papa bagi.
kalau tak cepat ianya tetap akan ada.
tetap akan dapat. tidak kira lah berapa harga pun.

akak janji.
akak akan bahagiakan papa & mama.
:')

terima kasih kerana jadi yang terhebat untuk akak dan adik-adik pa.


4 comments:

julietANNA said...

haih.i pun banyak salah kt ayah i.
tak pernah bersyukur :|
selamat hari bapa!

dianna said...

to juliet anna : ye same lah kite. hehe :)

*adibalala; said...

betulll.
kdg2, kita tak pernah tau pun isi hati mereka bergelar bapa.
semoga ayah kak dianna panjang umur nak tgk anak-anak berjaya.

:)

dianna said...

to adibalala : thanks sygg. :)
semoga ayah diba pun pjg umo yer. :)

Followers