11/25/2009

Di rogol majikan sendiri. Cam haram.

KUALA LUMPUR: Nafsu membuak-buak mendorong seorang pemilik kedai yang juga pembuat roti canai memperkosa pekerjanya sendiri menggunakan secawan kopi yang dicampur ubat khayal.

Perbuatan suspek yang berusia 48 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas mangsa yang diperkosa sejak tiga bulan lalu hamil dua bulan.

Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 16 tahun diperkosa majikannya beberapa kali, namun takut mendedahkan kejadian kerana bimbang dan malu.

Menurutnya, siasatan polis sebelum ini mendapati mangsa bekerja sebagai pembantu di kedai roti canai milik suspek yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.



“Mangsa dirogol pada 26 Julai lalu di satu bilik di belakang kedai majikannya itu ketika dia hendak menukar pakaian.

“Ketika itu, suspek sengaja pergi ke bilik berkenaan membawa secawan kopi kesihatan kononnya sebagai tanda simpati kerana melihat mangsa kurang bermaya dan keletihan,” katanya.

Menurutnya, selepas meneguk air kopi itu, mangsa berasa pening dan pengsan dalam bilik berkenaan.

“Kesempatan itu digunakan suspek untuk merogol mangsa.

“Kejadian hitam itu disedari mangsa sebaik tersedar beberapa jam kemudian. Mangsa terkejut apabila mendapati pakaian dalamnya terlucut manakala kemaluannya sakit,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang mengesyaki dirinya diperkosa kemudian menyoal suspek berhubung kejadian itu, namun suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kepada sesiapa.

“Lebih malang apabila kejadian rogol itu berulang beberapa kali apabila mangsa terus menjadi mangsa nafsu buas majikannya dalam bilik di kedai berkenaan.

“Difahamkan mangsa yang diperkosa sehingga September lalu bimbang untuk menceritakan kisah dialami kepada keluarga selepas turut diugut akan dipukul oleh suspek,” katanya.

Katanya, mangsa yang merasai perubahan pada dirinya memaklumkan masalah kepada ibu saudaranya.

“Berikutan itu, mangsa dibawa ibu saudaranya menjalani rawatan di hospital. Namun semuanya terbongkar selepas doktor yang menjalani pemeriksaan terhadap mangsa mengesahkan mangsa mengandung dua bulan.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam,” katanya.



i dont remember when this happen tp i simpan ni 
sebab ada satu benda yg menyakit kan hati i. actually,
i just read ni dekat satu forum ape ntah. and there is
a rude reply ( for me ) from this one member of the 
forum and i rasa dia mesti lelaki. and for god sake,
for me i think this guy are not grow yet.



** click untuk lebih jelas


for me, cuba letakkan diri dia dekat tempat perempuan tu. anyway,
the girl is only 16 y/o and ape budak umur 16 thn boleh fikir kalau
kena rogol. i mean, u pernah kena rogol? pernah rasa? of course tak
pernah, sebab tu you masih boleh menjalani kehidupan biasa sebab
tiada siapa pernah sentuh atau lihat tempat paling sulit dekat diri u.
but untuk budak ni, dia di rogol. tak tahu tak rogol tu ape bende?


and die diugut akan dipukul kalau dedahkan perkara ni. dan lelaki 
itu berumur 48 thn. old enough to beat or murder. rogol tak
yah kata lah kan, dah buat dah. cuba bayangkan kalau u kena liwat.
then u nak bercerita dekat orang? u tak malu? ha? i just buat entry ni
sebab i rasa geram sangat. kalau perempuan kena rogol dan mengandung,
die kene cerca. anak tu pula di pandang hina, padahal bukan dieorang
yang nak. entah lah manusia zaman sekarang.

15 comments:

its naddy. said...

hahah.memang menyirap je bace komen dak jantan tu.
sekarang ni,memang semuanya xleh caye.
pangkat 'atok' pun bleh lagi nak rogol2 org.
takde otak kot.
dah tua tapi nak merosakkan masa depan orang muda.
kadang2 bapak rogol anak sendiri.
haishh,tak paham la.

Liyanaa. said...

i pun sama kesian gila dgn mangsa mcm ni kene rogol then mengandung :(
ksian gila kn lepas tu ada si bodoh mcm dlm pic tu pulak ckp mcm tu

haihh even org yg dh tua kene rogol pun takut tah la minx jauh la kn dear :)

mira zati said...

cianye budak ru. sape la guys yng rude tu ek? trok tol.. cube salh sorng family die kne cm adik u kne.. pe die rase??

Izzati Hazwani said...

Entah laa
Dorang ta rase ape yg pompuan tu rase
Ntah2 , kalo dorang kat tmpt pompuan tu , mesti dorang tros na bnuh diri

Geram gile dgn laky yg mcm binatang !
Patot duduk dlm hutan jee

LORD ZARA 札拉 said...

ada baca gak tadi~
memang rasa nak menyumpah betul~

dianna said...

tulah. kadang kadang org ni main ckp je. dia tak fikir pun. ish memang menyirap kalau nak ckp pasal ni.

nn said...

huhu. macam tu lah lelaki. lebih kurang je ap yg berlaku kat adik bf mbe. tp ni lg lah. kne rogol dgn jiran yg dulu main sama2 masa kecik2... bawah umur plak tu adik bf mbe ni. tp still, jiran buat bodo je xrs brslh lgsung. cm haram!

cik nur said...

nk tau lelaki yang ilmu nya ckit tuh atau dgn nama lain nya lelaki yang bodoh..
klo kne dekat perempuan yang dia syg br tau mcm mna rasa sakit nya..
bkn nk mintak jadi dekat dia cme nk dia tau mcm mna rasa sakit nya..
stupid guy!!!

dianna said...

to nn : ya Allah teruknya. memang cam haram betul. nafsu mengalahkan binatang.

cik nur : aah. cuba kalau kene dekat batang hidung sendiri. baru padan muka.

Nurul Fahri said...

Kurang asam betul itu orang..
Kalau saya kan dianna, sula je org cam2..Tak kene kt batang hidung sendiri, boleh la cakap cam2..

hannamaruku said...

macam vavi vial pnye jantan!

Noorlaila Mohamed Nor said...

yewwww teruknya
perogol dan the one yg kat forum tu
sesuka dia je nak salahkan girlss

dianna said...

kalau bolh sula & dpt sula die mmg i buat. hehehe

Eyriqazz said...

Main lama makin terus jadi nya.Gejala jenayah dah semakin bermaharajalela.Anyway,saya dah balas komen dianna.check it out :

http://eyriqazz.blogspot.com/2009/11/unique-visitors-vs-entry.html

kuch said...

skrg ni prempuan kna hati2 kalu nak cari kerja..byk sexual harrasment..ish3

Followers