12/30/2009

Tips supaya orang baca/tengok/bukak blog kita.

okay untuk buat tips ni, i xlah sefemes artis atau redmummy atau
beautiful nara ke untuk bagi korang semua tips ni. but dengan few
loyal visitor and earning nuffnang yang boleh jugak lah tahan kalau
nak bayar bil, streamyx semua bagai and jugak di atas permintaan
my silent but loyal reader, atikah i buat jugak lah entry ini.jadi,
terpulang pada korang semua nak nilai macam mana. sebab ini
100% atas pandangan dan perbuatan i sendiri. thank you.

1. Tajuk entry
tajuk entry adalah penarik utama yang buat orang nak bukak blog
kita.jadi kita mesti cari tajuk entry yang menarik perhatian.dan yg
paling penting tajuk entry mesti relevan dengan entry. maksudnya
kita mesti buat tajuk entry kita tu, orang baca sekali terus rasa nak
klik. get it?

2. keyword/tag/SEO
yang ni pun penting. cuba kita tag atau letak word dalam entry kita
ni yang paling orang cari.selalu korang google pasal apa? atau org
kebanyakkan google pasal apa? jadi kita kena cari satu word, satu
entry, satu keyword, satu cerita, satu ape2 jelah yang orang selalu
search dan automatik blog kita akan tersenarai dalam carian org tu.

3. Ping blog
ping blog ni pun penting jugak. yelah supaya orang tahu kita ada blog.
banyak tempat leh ping blog ni. boleh ping kan innit, pingler ke,
gengblogger ke, apa2 jelah. google je. senang sangat. kalau boleh,
ping lah setiap hari.

4. Blog itself/layout/template/word/colour
kadang2 kalau blog takde ape2 content pun, i akan bukak kalau
blog tu kemas, comel, menarik, sweet. colouful and simple but nice.
jangan lah buat blog serabut nak mam, sampai org rasa nak tekan
X cepat2. sampai kan orang tak ingin nak baca. word dekat blog tu
biar lah senang orang nak baca.ni dahlah tulisan kecik gila, lepas tu
entry panjang gila.boleh juling mata org nak baca. dan lagi satu jgn
lah guna tulisan macam ni hAri Ni sAyA jLn2 DeKat TePi LonGkaNg.
lepas tu panjang pulak tu, orang nak baca pun pening.cuba buat tulisan
macam biasa, kan senang orang nak baca.

dan kalau nak tulis entry tu, biar lah guna bahasa yang betul. i mean
biar org paham, jadi kalau entry best, nak lah orang baca kan?
kalau tulis ayat macam pelat2 mana orang nak paham. contohnya mcm ni
caye sukew klu cume owang bacew blog titew.kamoo cukew?titew
cayang cume owang y bace blog titew. lepp yu. kalau tulis mcm ni
sumpah i tak masuk blog u weh. sorry lah.

lagi satu, kurangkan lah widget yang berat2 dalam blog anda tu,sampaikan
nak loading pun berjam2,nak scroll pun payah sebab berat sangat.
adoii. tolong lah weh

5. Music player
okay yang ni suka hati lah kan. tak semua orang suka dengar lagu apa
yang kita dengar, jadi benda ni tak tahu nak komen lah.sebab ada
sesetangah orang suka dengar lagu kat blog orang, but kalau i, i tak suka.
sebab kalau i bukak 2 3 blog dlm satu masa, semua pun aotuplay mana
satu i nak dengar? last2 i end up buat mute atau X semua blog. lagi satu
i tak suka sebab i guna IDM untuk download, jadi tiba2 kalau ada music
player yang autoplay dia akan automatik pop up.kalau ada lagu yang i nak
takpelah, ni lagu yang i dah ada pun dia akan pop up jugak. ok malas nak
ckp pasal IDM. pasal music player ni, ikut suka lah kan.

6. content entry/blog
and yang ni paling penting kot.tak semua orang yang baca blog kita
kenal kita.i mean, dalam real life. dieorang bukan kenal kita. atau pun
new reader dieorg tak kenal kita. jadi kalau dalam setiap entry kita
asyik bercerita pasal diri kita,i mean personal life, siapa suka nak baca?
i mean susah nak cari return visitor.kalau kita nak cakap pasal life kita
boleh,bukan tak boleh. but make it general.jangan cakap pasal benda yang
spesifik yang orang tak faham, yang org tak tahu.lagipun, kita bukan artis,
orang lain bukan nak tahu sangat pasal life kita.

dan kalau boleh, content entry mesti lah ada isi. macam tak paham
ayat tu kan?masksudnya apa yang kita tulis biar lah ada isi. biar lah
org paham apa yang kita nak sampaikan. kadang2 ada blogger update
blog sehari 4 5 kali, tapi isi nya ntah ape2. kadang2 orang pun tak paham.

7. penggunaan gambar.
blog with no pictures boring kan? kadang2 orang nak jugak tengok
gambar yang lawa2 dekat entry, but make it relevan. put pictures but
make it relevan with your entry, kalau ada blogger yang nak letak pics
sendiri then its okay. so people will know oh ini lah penulis blog. yang
tu takpe. so sometimes, bila orang dah tengok muka kita, mana tahu kot
dia berkenan, nanti dia dtg lagi kan? but dont make your entry dull,with
no pictures.nanti orang boring langsung tak datang. pandai main dengan
gambar lah senang. ok?

8. ikhlas berblogging
kalau kita ikhlas, automatik kita mesti akan dapat hasilkan satu entry yg
best. tapi kadang2 ada jugak yang tak best. cuba kalau setiap kali nak
buat entry tu, fikir kita nak biar org baca untuk tahu pendapat org, atau
biar org dapat pengajaran, atau nak bagi info dekat orang, so mesti kita
akan tulis dengan penuh semangat ( HAHA ) dan entry akan jadi mcm
best untuk semua orang baca. kalau kita buat entry sambil lewa, sekadar
nak update je. memang takkan kemana lah. orang akan dapat tengok yg
dia ni sekadar nak update je.

tu saje dari pemerhatian i. cuba ingat yang i nak ckp ni ye. ini tips untuk
orang baca blog kita, bukan tips tingkatkan trafik atau earning ke hape
tau.kalau nak tips tingkatkan trafik, ada masa i buat lah. tapi bagi i,
i ulang bagi i, tips tingkat earning tu macam payah je kan. sebab earning
kalau dari nuffnang, bukan kita yang cari. dia yang bagi. just maintain
trafik. okay lah earning kot. itu bagi i lah. kalau rasa entry ni tak berguna,
atau macam biasa je, boleh google lagi untuk tips yang lebih berkesan
dan mencucuk minda.bye

8 comments:

zella said...

hurm....
thanks for the tips...
mmg berguna...

ween said...

well written Dianna, thanks for sharing.I love this entry :)

sasha* said...

hahah i gelak pap tulis cam iteww tu.skrg kn budak2 suka guna somel la,lg apa ntah.smpai sy pun tak paham :P

░♥si lampu neon♥░ said...

good tips ! ;)

Biela Jailani said...

menarik la . huhu .
tips yg berguna

noraasmah dahlan said...

salam...selamat berkenalan..info yang menarik dan memang berguna...thanx 4 the tips!...akak pon baru je dlm dunia blogging neh..masih byk yang akak perlu belajar...kalau tak keberatan boleh tak akak nak tanya dianna more tips lagi..?

Nur Azni said...

As'salam..thank 4 the tips...
Agak menarik dan berguna

yusniza nasir said...

Assalamualaikum,Salam perkenalan..boleh bg email address? Nk tnye more info pasal blocks...hehe

Followers