1/19/2010

Lelaki zaman sekarang memang tak pergi sembahyang jumaat ke?




seriously, ini pertanyaan bukan nya nak perli ke ape ke. 
pertanyaan sebab memang curious sangat2. waktu hari jumaat 
yang lepas, i dan adik tercinta pergi makan di Pakli. Jam menunjukkan
1.00 ptg punya lah ramai manusia dekat Pakli but its okay. ada ramai
juga lelaki yang makan kat sana, ada yg datang dengan kawan2, ada 
yang datang dengan awek, ada yang datang sorang2. ye i tahu itu hari 
jumaat, jadi i macam tertanya2 dieorang ni tak pergi sembahyang ke? 
oh mungkin baru pukul 1 kot. pukul 1.30 nanti diaorg pergilah.
tapi i duk makan kat situ sampai pukul 2 lebey kot, but dieorang masih 
lagi makan kat situ, duk berborak bergelak ketawa macam tak rasa 
bersalah pulak, i tengok2 lah mana lah tahu bukan islam, tapi yakin 
dan pasti lah orang islam sebab muka hitam cakap pun berloghat kan?


aduhh hilang respect gua beb. kalau i lah kan, nak cari suami, 
yang pentingnya i akan pilih yang sembahyang. bayangkan kalau
sembahyang jumaat, i mean sembahyang yang memang kalau tak
pergi confirm org tahu, pun dia tak pergi ini kan lagi sembahyang yang
lain yang boleh sembahyang kat rumah/bilik yg takde orang tahu kau 
sembahyang ke tak. kalau musafir ke, cacat atau lumpuh satu badan ke, 
nazak dah nak mati ke tak pergi sembahyang jumaat i boleh
consider lagi lah. ini sihat walafiat, pun boleh duk bersembang tak
hirau org keliling. WHAT THE LOSER?







sembahyang tu kan tiang agama, kalau dekat padang mashar nanti, 
kau punya kebaikkan setinggi langit pun, apa yang Allah tengok 
sembahyang kau. bukan lah niat i nak cakap i baik atau apa but its basic.
kita hidup ada tujuan ada arah tuju. bukannya fokus dekat duniawi je. 
betul tak?


"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9


akhir sekali i nak ckp, kalau nak jadi lelaki, jadi lah lelaki sejati. 
yang boleh memimpin keluarga ke jalan yang betul dan jadilah lah 
lelaki yang disegani. bukan suruh jadi alim, pakai kopiah pakai jubah 
pegang tasbih ke ape. cuma jadi lah orang islam so that people will 
know, oh he is islam and you will be proud :)

11 comments:

s h a r v i na said...

slalu je kot, mpk lelaki2 nih wktu solat jumaat ley slamber badak je mlepak kt kedai mkn..
aha..
nta pape nta..
xlayak jd calon suami tul!

fitriah said...

tak malu langsung pulak tu kan. kalau tak pergi sembahyang jumaat dok diam2 dalam rumah lain la jugak ni siap dok melepak in public. it is just so sickening.

Ery Farieha said...

hurmm
tu laaa.
semayang jumaat yg seminggu sekali pn tak gi, mmg yg solat len x le tu.
adehh.
dunia skrg.huhu

ringo said...

the worst part is society macam da boleh terima perangai macam nh. what a lame society we live in.

Fiq said...

cis. celaka la diorang yg x gi solat jumaat ni. pintu hati ditutup, hidup dlm gelap, macam mana nak masuk Syurga? pk la sendiri wahai lelaki yg x solat!

[s][u][e][h][a][n][n] said...

mmg rasa sedih sgt bila tgk diorang yang x pgi solat jumaat ni... seminggu sekali pun x leh buat...camner plak yang solat 5 kali sehari tu..renungkanlah..

laila said...

haah skrg waktu solat jumaat pun bersepah je laki melepak
bkn nak pi solat kan
haihh

si penunggu subuh said...

mm..laki ada yang baik serupa perempuan ada yang jahat.
hehe..laki cm2 ada dimana2 sahaja..sabar jelaa..hehe

Cik Akma said...

iskk, ape nak jadi la. haihhh

♥ Cik Ca said...

i sOkong2..
even yg tu pun susah buta..
mmg ssh la nk jadikan husband..
im totally reject la...
i pun bkn baik sgt..
tp bile tak baik..
sure nk carik org yg lebey baik kan?
utk bimbing kt??
uishh.. pe la nk jadik guy skrg...

muhamad radzie said...

itu yang nampak..yang x nampak banyak lagi x pegi smayang..dulu aku keje kat secret recipe..semua laki x pegi smayang...nasib aku keje x lama :)

Followers