2/25/2010

Belajar untuk memaafkan dan melupakan.

susah kan nak buat? kalau orang tu dah buat salah dekat kita, atau
ada je benda yang tak betul dia buat dekat kita, tikam belakang ke
kawan makan kawan ke, mesti kita susah nak maafkan dan lupakan
kan? lebih - lebih lagi kalau orang tu rapat dengan kita, tiba - tiba dia
buat hal, mesti kita sentapkan?

saya macam itu lah, susah nak maafkan orang, lupakan ape tah lagi.
memang tak boleh lupa. sampai sekarang ni saya asyik berdoa supaya
hati saya ni dibersihkan, supaya saya dapat lupakan kesalahan kawan-
kawan saya. sekurang-kurangnya saya mencuba? kan?

nak maafkan orang pun sama, susah sangat saya nak maafkan, tapi
sekarang Tuhan dah bukak sikit pintu hati saya, untuk mudah maafkan
orang. sebenarnya, bila saya muhasabah diri sendiri kesilapan kawan
kita ni, bukannya datang dari dia saja, sebenarnya kita pun ada salah
juga. kenapa seseorang tu berubah menjadi jahat atau kawan kita
berubah menjadi orang yang kita tak kenal lagi adalah sedikit sebanyak
kita memainkan peranan.

jadi, setiap perbuatan yang salah itu, ada sebabnya. kita hanya perlu tahu
ada hikmah disebalik apa yang berlaku. berhenti menuding jari dan terus
menyalahkan orang lain, letak kita ditempat orang itu dan banyak lah
berdoa supaya hati kita dibersihkan. :)

6 comments:

@juera said...

btol tu..maafkan la org yg pnh bt silap ngn kita..gaduh2 pn smpai bile kn..

Inora Putri. said...

hmm, i will forgive tp x forget kut. hihi

@ku d! sin!e said...

erm...
aku pon same..
kalo maafkan mmg la agk senang..
tp tuk aku luper..huh..
jgn harap..

angah iza said...

bg iza,kalo kesalahan tu besar..mungkin susah iza nak maafkan seseorg tu :)

milimilo said...

hard to forgive harder to forget..mmg susah la kalo nk maafkan org yg dh lukakan ht kite

Aidi-Safuan said...

biasanya kalau lama2. orang akan mudah memaafkan kesilapan orang lain. tapi yang susahnya nak melupakan kesilapan tersebut. well...

Followers