5/21/2010

Orang islam pun tak hormat islam.

bukan untuk sesiapa secar spesifik hanya pandangan dari
saya semata - mata. tidak langsung ada kena mengena dengan
mana2 pihak dan sebagainya. tadi kecoh bila adik dapat msg
pasal draw Muhammad days. ape tu? hari melukis Muhammad?
siapa Muhammad? ye Muhammad yang dimaksudkan adalah
nabi junjungan kita. Nabi Muhammad s.a.w

ya Allah, seriously meluat dengan semua perkara ni. bila
ada kes macam ni, dekat facebook mesti akan ada group
against draw muhammad, hate draw muhammad. lepas tu beribu2
orang dok p like group tuh. kononnya nak cukupkan berapa
juta lah kan. padahal tak sedar ke kita tengah buat yahudi ketawa
terbahak setiap kali kita klik menatang like tu? hey facebook tu
dieorang punya lah weh. yahudi yahudi.

aah. i cakap macam tak guna facebook pulak kan? padahal
hari2 duk promote blogshop dekat facebook. itulah, sebab
kemudahan. untuk kebaikkan diri kita sendiri. bukan sebab
nak bersuka2. i update status pun jarang sangat. kalau dah
boring sgt  baru update, baru main kuiz, baru main game. tak
berapa nak taksub lah senang cakap. contohnya macam sesetengah
orang siap tekan older post lagi sebab nak tengok news feed yang
dah terlepas ke, nak stalk komen orang ke. hish takde masa lah
gua. baik i duk update blogshop lagi bagus. hehe

kita marah kalau ada orang tindas islam. bukan main marah lagi.
buat rusuhan ape bagai. tapi sedar tak siapa yang duk p club
hari2? siapa yang duk p minum arak macam air coke tu? siapa?
siapa duk p tengok steve aoki lepastu makan pil minum air entah
apa2 lepastu duk menari macam takde maruah? kalau tengok
perempuan melayu sekarang, mak aihh pakai baju xde lagi singkat.
cleavage takyah cakap lah. sekarang ni pun dah ada trend pakai
baju tunjuk separuh tetek. konon hot lah kan. lepas tu bila lelaki
kacau, mula nak melenting, padahal die duk tayang punya baik xpe.
bukan nak cakap i pakai elok, tidak, cuma sekurang2nya, i ingat.

kadang2 pelik. tak ingat Allah langsung ke? tak sayang langsung
ke maruah? kalau hidup terlampau bebas. apa yang istimewanya
lagi? apa? kalau semua dah bagi. jiwa raga. zahir batin. bila dah
time halal nanti, benda apa lagi yang nak bagi? list sikit i nak tengok.
ecehhh i cakap macam bagus. bukan bagus. cuma nak ingatkan.
manusia kan mudah lupa. lebih2 lagi melayu. islam hanya pada nama.
ingat tak lepas kita mati nanti, ada satu alam lagi. kita duk situ kekal.
sampai bila2. takde mati. dunia ni, sementara je. kita kumpul pahala
banyak2, nak bawak pergi alam satu lagi yang kekal tu. tahu tak?

malas nak cakap panjang2 lah. sebab nanti takut ada orang marah.
macam ni lah. kalau sembahyang, lepas sembahyang doa, untuk
bersihkan hati. insyAllah, benda yang tak baik kita nak buat, tak jadi
nak buat. sebab hati dah bersih. takde warna hitam dah :)

2 comments:

AeNa Helaena said...

suka gilalah dengan entry neh..idup dianna. sama2 kite jd muslimah yg baik yea..ameen..

Cik Rara said...

tu lah dunia skrg...

Followers