6/03/2010

Budak sekolah zaman sekarang?

setiap hari pun akan ambil adik yang paling kecik balik dari sekolah.
tak boleh lambat. mesti cepat dan tepat pada masanya. selalunya akan
balik sekolah pada pukul 1.30pm. jadi kakak mithali ini akan ada didepan
sekolah sebelum pukul 1.30pm. confirm. kalau terlebih 2 minit. mesti
akan dapat phone call dari si gendut tu. haha takut2 kalau kakak dia
ni lupa nak amek. ape kessss. setiap hari pun amek, takkan lah lupa.
jadi kalau setiap kali mesti datang awal, mesti akan camwhore untuk
hilangkan boring sebab semua radio cam hampas keluarkan lagu sama
setiap kali. takde lagu baru ke weh? mari saji mata dengan gambar tak
berapa nak sedap oleh yours truly. hehe





muntah hijau tak semua orang? muntah? bagus bagus. okay kita kembali kepada
tajuk yer semua. kadang2 waktu saya tengah tunggu si gemuk tu keluar, saya
selalu lah perhatikan budak2 sekolah yang lain2. lepas tu dalam hati mesti akan
cakap, hish budak sekolah zaman sekarang. kat sekolah pun bawak hp, pakai
kain singkat, tudung singkat, duk bercouple2, pakai beg gedik selempang tepi,
ada group sendiri, gelak kuat2.

tapi bila fikir balik, dulu zaman saya sekolah pun macam itu jugak.
bukan lama sangat pun berlalu zaman sekolah saya tu.4 tahun yang lalu jer.
saya pun ada group sendiri. kononnya lah, kesana kesini dengan geng sendiri.
dahlah ramai. lepas tu gelak kuat2, rasa macam berkuasa jer. sebab kita ada
geng ramai, orang lain takde. lepas tu duduk asrama pulak,sepatutnya tak boleh
bawak hp, tapi semua sibuk nak bawak hp. lagi dilarang,lagi dibawak.
pakai tudung pun singkat kain pun singkat. sampai kene tarik dengan pengawas
HAHA jadi bila fikir balik, memang semua orang yang lalui zaman remaja
memang macam itu. nak cuba benda baru. budak2 baru nak up lah katakan.
jadi, i have to deal with it. its life. paling saya ingat quote ini...

1. waktu muda hanya akan diketahui oleh orang yang tua
2. waktu senang hanya akan diketahui oleh orang yang susah
3. waktu sihat hanya akan diketahui oleh orang yang sakit

3 comments:

ilif said...

Apsal kulit mulus licin bak telur rebus dikupas ni. Apa rahsia. kongsi2 la hehe

aNiSa hANg tUaH said...

amboi,,,
sakan die bergambar

kiut

Cik Rara said...

dulu mg rasa sgt kuat bila ada geng kat skolah kn.. :)

Followers