6/08/2010

MOVIE REVIEW lah sangat :)

today nak review sikit movie yang i tengok sepanjang minggu lepas. yer
sepanjang minggu lepas saja yer. untuk minggu lepas lepas lepas tak larat
den nak mengreviewkannya. hehe secara 200% review ini adalah atas
pandangan saya sendiri. jadi jangan ada yang sentap tak tentu pasal nanti yer.
kamu semua pun boleh lah pergi tengok sendiri dan nilai sendiri. yelah, pandangan
orangkan berbeza2. :)

saya review movie ikut rating yer. yang paling best pertama dan sampai lah ke
yang paling okay jelah. okay paham semua orang? takpe. takmasuk exam pun.

1. Prince of persia

cerita ini bagi saya adalah tersangat best. saya bagi 10/10 bintang. saya terlampau
suka cerita ini sampai sanggup tahan kencing, terlupa minum air. terlupa nak jaga
kelakuan semua. semuanya sanggup sebab bagi saya best. cerita memang ada nilai
murni yang sangat tinggi. pasal leadership, dalam cerita ini memang ada bagi contoh
pasal good leadership, teamwork and relationship with family. well, family is the one
that we can hold and trust kan. semua kalau tak tengok lagi. pergi lah tengok. :)


2. While She Was out


perempuan semua mari melihat cerita ini. cerita ini biasa2 saja, cuma saya suka
sebab perempuan seharuslah seperti cerita ini. cerita ini kisah pasal husband yang
tak hargai isteri dia then one day isteri dia nak pergi shopping krismas then parking
tersangat lah penuh, dia jumpa satu parking but ade kereta yang parking makan space
jadi macam kereta tu ambik dua tempat parking lah. isteri ni marah lah, then tulis note.
note biasa2 je cakap orang tu selfish. then bila dah pergi shopping semua. isteri ni nak
balik, tiba2 ada kereta block dia dekat belakang. then the story start..... pergi tengok
yer, pastikan jantung anda kuat. hehe


3. Lagenda Budak Setan


pertama sekali. cerita ni takde lah sebest yang SAYA sangka. sebab saya memang
peminat ahadiat akashah. jadi waktu baca novel lagenda budak setan ni dulu. memang
sangat best dan i hope that the movie will be better than the novel lah. tapi rupanya
biasa2 jelah. cerita best lah jugak. sound track best. sedih jugak. love story biasa.
pergi lah tengok. takde lah rugi pun kalau tengok :)


4. She is out of my league


cerita ni okay lah. kelakar jugak. cerita pasal lelaki yang biasa2 dapat perempuan
yang super hot. cerita pasal low self esteem. tengok lah kelakar jugak :D


5. Remember Me



cerita ni tak paham langsung sebenarnya apa yang nak disampaikan. ending memang
macam bangang. cerita okay jer. cuma lembab sikit. rasa macam nak next next next.
tapi sebab ada si robert pattinson ni. tengok lah jugak sampai habis. hehe tapi kalau
nak tengok, okay lah jugak.

2 comments:

Nor Atiqah said...

film 'remember me' memang tak best. harap je ade robert yg hensem. haha :)

dianna said...

hahaha tahu xpe. buat sakit hati je tgk.

Followers