7/02/2010

Cuti dah habis


definisi cool saya dengan orang lain mungkin berbeza. maksud saya dengan cool
ialah seperti diatas. ambil gambar tanpa sempadan reaksi muka. expression muka
atau cara bergambar yang cool yang boleh buat mata terbeliak, mulut terjuih, pipi
mengembang, apa2 saja. bukan hanya senyum dan tekan klik butang kamera. saya
jelaskan sebab saya ada dapat 2 email yang berupa kritikan. cakap yang saya
pilih pemenang macam bodoh. eh apa ni? saya buat contest untuk buat semua
orang rasa happy. bukan nak buat musuh dan bergaduh. takpelah. suka hati awk
lah yer. yang penting saya rasa pemenang saya pilih ADALAH YANG TERBAIK
ANTARA YANG TERBAIK. okay enough about contest.

cuti sudah sampai ke penghujungnya. kelas akan start dengan jayanya pada 5/7
nanti. saya rindu semua housemate saya. rasa nak menangis dah ni sebab rindu
sangat2. tak sabar nak hias bilik dan beli katil baru. tak sabar nak tukar rutin
harian. saya ada banyak perubahan nak buat pada masa hadapan. saya nak
cuba bersihkan hati sebersih2nya supaya saya dapat menjalani kehidupan yang
sangat bahagia tanpa sebarang masalah :) alhamdulillah last sem full with joy.
keputusan saya pindah rumah memang keputusan yang sangat tepat. pada yang
baca blog saya dari awal mesti tahu apa masalah saya dengan rumah lama saya.
walaupun sem lepas saya habis almost rm1k untuk rumah sahaja, saya tetap
bersyukur  dekat Allah swt sebab itu keputusan yang tepat. terima kasih.

saya ni sangat boros, saya sibuk berbisnes tapi duit dalam tangan saya asyik
habis. saya tak boleh nampak benda yang memikat hati terus saya beli tanpa
fikir2, saya kena ubah tu. start sem depan saya nak jimat cermat. nak simpan
duit untuk khawin. KAHKAHKAH bukan. saya tipu tu. nak simpan duit mana
tahu ade benda lagi best nak beli di masa akan datang, tak perlu saya asyik
nak kena kumpul duit atau mintak duit dekat mama n papa. hehe eh lagi satu
berita baik. mama naik pangkat. yeah! saya teruja. tahu tak berapa ramai org
dengki dekat mama? banyak weh. tapi tu lah berkat orang sabar. dan kalau
bertuah dan betul2 bertuah mungkin ada berita lagi baik akhir tahun ni. terima
kasih dekat Allah swt sebab bagi rezeki yang tak pernah putus dekat papa n
mama walaupun banyak sangat orang2 cuba nak halang dan busuk hati.

alaaa sikit jer lagi. jap lagi habis lah entry ni. saya nak cakap pasal kereta
saya. papa dah servis :)) semua dah best dah. walaupun sepatutnya lagi
3000km nak 20000km dan sepatutnya saya servis time tuh. tapi saya paksa
jugak papa servis awal sebab dah macam2 bunyik. papa juga dah buat mcm2
pembaharuan dekat kereta saya. sukaaaaaaa. terima kasih paaa. it cost almost
RM700 but its okay. when i have the money saya ganti duit papa. hehe okay
dah semua orang boleh bersyukur sekarang sebab entri dah habis. bye

4 comments:

Pinky Pixie said...

bersabarlah ye.. kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. ignore j mereka2 yang beperangai begitu..

peace!

lassiegewdix said...

larh .
npe msty nk berdengki gitu ea ?
wat contest sendiri lerh gitu .
senang kan .
atoyai .

murnimahyum said...

uh, dengki nye manusia itu...
tp biase la, kte xleh nk puaskn hati semua pihak kn...

CIK ERYN said...

org yg cokop "bodoh" tu
mesti ade masalah mental..!

Followers