7/08/2010

Hati busuk

secara kerapnya pasti akan ada orang yang tak suka kita secara tiba-tiba atau
dengan sebab. untuk mereka yang pernah bergaul berjumpa bercakap dan
berkawan dengan saya mungkin boleh benci saya dengan sebab kerana mereka
tahu sedikit tentang saya. mungkin rasa annoying sebab saya tak suka naik tangga.
rasa annoying sebab saya suka makan ayam. rasa menyampah sebab saya suka
beli barang banyak2 sampai penuh satu bilik. suka ketawa kuat, mulut laser,
muka tak cantik hitam dan gemok gedempol. mungkin sebab tu mereka tak suka
atau benci atau meluat dengan saya. jadi, saya tak kisah. sebab takkan saya nak
berubah menjadi sebentuk angel untuk memuaskan hati semua orang.

tapi yang paling saya rasa tak boleh blah adalah orang yang langsung tak kenal
saya, tak pernah jumpa, cakap pun tak pernah, dengar saya bernafas pun tak
pernah,tengok perut saya berlipat pun tak pernah,nak benci saya.ape kejadahnya?
dah lah benci saya secara sepenuh hati, boleh pulak dia nak usha manja blog
saya. kenapa? oh ini entry bukan untuk budak-budak uitm ke, budak rumah ke,
kawan sekelas ke, kawan selift ke, ini entry untuk manusia tidak bernama.
hanya kenal saya dari screen monitor/laptop/hp dia sahaja, terus mengelabah
ayam nak simpan satu ruang dekat hati dia untuk benci saya.pelik tak?contoh
macam saya tak pasal-pasal secara sukarela simpan satu sudut dalam hati nak
benci semua orang yang saya link kan dekat blog. ini contoh yer. saya tak benci
anda. bagi contoh ni sebab saya setiap hari pun visit setiap link dekat sebelah ni.
jadi, WTFUKI saya nak baca blog anda kalau saya benci anda kan?

untuk pembenci ku. nah amek gambar aku yang gemok setepek dan tengok
lah berat badanku sedikit pun tak terjejas sebab kebencian kau. HUAHUAHUA


4 comments:

Mira AbdRahman said...

ramai sgt ke org yg benci ko???
asyik entry tak puas ati je.
yeke?
hmmm

lassiegewdix said...

sape yg menci yu tu ?
tuh lerh manusia .
penyakit hati jep tawu .

hudhud said...

eh, shima?!

Rara Nasiha said...

orang macam tu tak payah layan la. nanti kita juga sakit hati kan.

Followers