7/02/2010

Paksa orang jadi follower?


sekarang saya ada 376 follower. tak tahu lah yang memfollow ni terpaksa ke atau
benar2 suka nak follow. 39 orang follower dapatnya dari contest yang saya buat
dan sebelum itu, saya tiada paksa sesiapa pun follow blog saya yang memang tak
sebest orang lain ni. saya kan ada buat satu contest pada masa lepas, jadi salah
satu rules yang saya buat adelah jadi follower blog saya dan blog sayapunyashawl.
jadi, pada siapa yang masuk contest mesti kena follow blog2 tersebut dan barulah
qualified ( ecehh macam nak masuk universiti pulak ). sebenarnya dah banyak kali
dah saya terbaca pasal follower paksa rela ni. HAHA kelakarnya nama paksa rela.
ade satu blog pertikai kan kenapa kalau nak join contest mesti kena jadi follower
dulu? macam sengaja jer nak bagi blog banyak follower ke?

sebenarnya saya tersentap sikit lah kan. sebabnya saya pun macam PAKSA orang
jadi follower saya, tapi biar saya explain dekat sini. buat contest suruh jadi
follower itu semacam rules lah. macam kau datang rumah orang kena buka kasut.
itu semacam rules lah untuk rumah tu. jadi kau datang blog untuk masuk contest
mesti lah ada sedikit rules bukan? dan itu peluang kepada tuan punya blog nak
gather follower dengan cara yang mudah. sebab tuan punya blog dah murah hati
nak bagi sedikit hadiah ( walaupun tak seberapa ) jadi return lah the favour kan?
macam itu lah bagi saya. dan kedua ianya macam memupuk lah. paham tak?
macam memupuk dan mendidik lah. sebab tuan punya blog bukan born dengan
bakat menulis secara hebat. bukan lahir2 terus tertampal didahi kau akan menjadi
penulis hebat satu hari nanti. tuan punya blog belajar dari pengalaman, membaca
blog penulis hebat dan mencuba menjadi hebat. jadi, mungkin satu hari nanti kau
akan tertarik baca blog tuan punya blog yang kau follow. sebab tuan punya blog
sedang belajar menjadi hebat. sedang belajar menulis secara hebat. bagilah peluang.

sekarang dah faham?

8 comments:

kenwooi said...

nice =)

shasha said...

yeah! sokong. setuju dgn apa yg sis dianna cakapkan ni. sb sya pon nga anjurkan contest dan salah satu rules tuu mesti lah menjadi follower sya. (:

keyna said...

'memupuk' really like dis!wee~

zati said...

setuju dengan di atas nak tambah lagi satu boleh?? (suke2 aku je nak tambah2)

sebelum nie memamg I pernah join banyak contest & TAK PERNAH RASE TERPAKSA pon jadi follower dorang yang buat contest nie ;)

secara sukarelanye jadi follower penganjur contest walaupun ianya WAJIB

kite follow penganjur tersebut tuk lebih mudah mengetahui update dari mase ke semasa tentang contest tersebut

psst2, orang yg bukak isu nie dengki kot sebab blog dye tak ramai follower, yang paling kesian dye lebih mementingkan kuantiti dari kualiti :p

MrNamie said...

keke... da macam iklan digi.. follow u.

alia zarfullah said...

saya baru terbaca tentang blog anda buat contest. then i lambat dapat information tu. takpe takpe.

cakap pasal jadi follower ni, kita tak tahu seikhlas mana orangtu berminat membaca segala entri yang kita tulis. kadang kadang ada yang sekadar hanya menambah kawan saja. sorryla kalo de spe2 yg terasa sume ni dari pendapat saya je. tapi saya tahu tak semua org begitu ;)
good job diana!

Ikhwan said...

Setiap isu yang dibuka pasti ada sebab musababnya.Ia lebih kepada pencerahan pemikiran(orang yang berfikiran terbuka akan terima setiap isunya dibawa,manakala orang yang berfikiran sempit tidak suka isu dibuka kerana menganggap remeh).
Kualiti dan kuantiti penting,kalau kualiti banyak tapiu xberkuantiti,ibarat sampah lah(banyak tetapi tidak bawa manfaat pada diri).
Kuantiti dan kualiti itu penting cuma tafsiran kuantiti dan kualiti itu berubah2 mengikut tafsiran blogger.

maaf sebab guna bahasa tinggi (^_^)

sales.redjambu said...

Saya setuju! Follow sbb ikhlas nak follow, follow sbb nak beri sokongan dan peluang utk blogger tu. :)

Tak ada masalah di situ. hehe.. So, I will follow u :) Selamat menulis ya.

Followers