8/17/2010

Hamba Allah ni nak minta maaf.


selamat berpuasa semua. semoga puasa kali ini dapat beri kita satu hidayah
dan azam baru untuk baiki diri kita yang kadang2 tak betul ni. banyak betul kes
buang bayi sekarang ni, kes mengamuk, tetak isteri, simbah cuka pun banyak.
makin puasa makin menjadi-jadi pulak perangai "bukan main cantik" dia tu kan?
amboi amboi semua orang kalau berkesempatan baca blog ini, harap dapat bersih
hati supaya tak buat perkara bukan - bukan yang pada masa hadapan confirm
akan menyesal.

jadi, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang
pernah terasa hati, terkecik hati, terguris hati, terjeling, termasam muka,terlepas
cakap,terambil tak endah, tertidak peduli, terannoyingkan perasaaan,tak tertolong
semasasusah semua-semua lah yang buruk-buruk. kepada sesiapa yang saya
ada buat salah saya minta maaf secara bersungguh-sungguh. sebenarnya mungkin
kesilapan yang saya lakukan adalah tanpa sedar dan mungkin tidak diperasankan
diri ini atas perbuatan itu adalah salah dan terus-menerus melakukan perbuatan itu.
dan juga minta dihalalkan makan dan minum dan juga kalau ada hutang saya
kepada anda yang masih lagi saya tak bayar, harap dapat memberitahu saya
sebab saya mempunyai short term memory loss ( HAHA nampak seperti kelakar
tapi memang saya mudah lupa, bukan melayu je oppss ). jadi, secara cepat boleh
sms h/p saya sekarang secara berlumba-lumba ya. dan ingin cakap lagi sekali
saya minta maaf secara ikhlas dari hati dan selepas ini saya nak buang yang keruh
dan ambil yang jernih-jernih je.

sekarang punya perasaan adalah rindukan rumah, mama papa adik dan minah.
rindu semua ahli keluarga. anak saudara dan semua kawan lama :')
tunggu ma, 3hb nanti akak balik. bye semua. ingat yer. saya minta maaf.

1 comment:

alia zarfullah said...

Happy fasting and selamat hari raya!

Followers