9/08/2010

Allah akan mengubah kepalanya menjadi kepala keldai.

itulah balasan kalau kita mendahului imam sewaktu solat berjemaah. kalau
kita sujud, ruku' dan memberi salam sebelum imam....

 credit : yussamir.com

waktu saya sembahyang terawih, selalu terganggu dengan orang sebelah yang
terlampau cepat sujud dan ruku'. mestilah perasan, sebab kita baru nak abes
baca dengar imam baru cakap Allah... terus dia dah sujud. mula-mula macam
biarlah, tapi bila dah 4 5 orang buat benda yang sama, rasa macam pelik, rasa
macam nak pergi tegur. tapi orang tua, takut sentap pulak. ataupun, sebenarnya
mereka ni tak tahu kot apa hukumnya kalau mendahului imam dalam sembahyang
berjemaah? ok, kalau ada yang tak tahu, kat sini saya nak bagi tahu. saya bukan
lah pandai sangat hukum-hukum ni. tahu sikit2, yang lain2 tu saya buat research
lah. ecehhh research konon, bukan research, saya membaca lah dari pelbagai
sumber. membaca kan jambatan ilmu. ;)

Mendahului imam dalam sembahyang sebenarnya dilarang keras oleh Nabi
Muhammad s.a.w. memang marah sangat baginda kalau ada makmum yang
mendahului imam dalam sembahyang berjemaah. Ianya dapat dipastikan bila
baginda bersabda :

“Apakah orang yang mengangkat kepalanya sebelum Imam tidak berasa takut,
bahawa Allah akan mengubah kepalanya menjadi Keldai?”
 
 
sebenarnya makmum tidak boleh terlalu cepat atau lambat mengikut
imam, cara yang saya tahu untuk memngikut imam adalah apabila imam
membaca ALLAHUAKBAR, habis kita dengar perkataan BAR barulah
kita ruku', sujud atau sebagainya. mungkin mereka nak cepat atau mereka
dah biasa macam tu. tapi if you manage to read this, and you pernah
mendahului imam di dalam sembahyang you can change it now because
you already know. :)
 
 

2 comments:

Lee Zha said...

nice 1. :) tengs~

@ku d! sin!e said...

terima kasih atas peringatan ini..

>>anda telah di tagged..

Followers