9/19/2010

Lambang Nazi pada Volkswagen! PALSU!!

siapa yang tak tahu macam mana logo volksagen, ini lah logonya. pada siapa yang
dah tahu, boleh scroll cepat2. :)




sekarang siapa pakai kereta Volkswagen memang sangat megah lah kan.
bangga lah sebab kereta tu kan mahal. dan bukan calang-calang orang
yang pakai. hehe i pun teringin jugak nak pakai volkswagen ni, tapi bukan
sekarang lah. tunggu satu hari nanti bila dah kaya raya. ( bilaaa tu??? )

jom lah tengok video ni and korang judge sendiri. benda-benda kecik yg
kita tak perasan pun diselitkan dengan unsur yang tak baik. tujuannya
untuk menyesatkan kita. hmmm tak tahulah. tepuk dada tanya lah hati.
tapi kadang-kadang benda ni boleh juga dibawak main oleh orang,
sengaja ja orang yang tak bertanggungjawab memalsukan sesuatu dengan
tujuan membangkitkan kemarahan orang lain atau tujuan nak menjatuhkan.
kalau sesiapa tahu pasal video volkswagen yang dikatakan kalau berputar
ada lambang NAZI, itu sebenarnya palsu. tiada pun lambang NAZI. mari
tengok video yang dikatakan logo volkswagen ada lambang NAZI jom.




dan mari kita lihat sebenar-benarnya logo volkswagen dipusing. tiada lambang
NAZI pun. tak percaya mari tengok. hehe kalau ada sikit2 tu, mungkin kebetulan.
takdelah nampak real macam video kat atas ni kan?

 
kesimpulannya dekat sini, saya nak ingatkan semua. jangan cepat melatah dan
percaya pada sesuatu benda secara membabi buta. buat research dulu. baca
semua maklumat, try google, tanya orang atau test sendiri. baru kita tahu apa 
yang betul, apa yang salah. kan? kan?


No comments:

Followers