10/29/2010

Adakah kamu membaca doa ketika duduk antara dua sujud secara laju?

ye, saya selalu. setiap kali sembahyang kalau time duduk antara dua sujud, mesti
nak laju. take note eh ini bukan laju macam lagu gila2 sampai apa butir kau baca
pun tak tahu. ini laju yg takde amek masa nak hayati apa yg kita baca tu.terkilan
sangat-sangat sebab baru tahu perkara ini sekarang. ye mungkin orang lain ada
yang dah tahu, tapi just nak share benda ni kalau ada sesiapa yang masih tak tahu.

seriously, saya tak tahu apa maksud doa semasa duduk antara dua sujud. kalau
alfatihah, doa tahyat awal and akhir macam tahu sikit-sikit, tu sebab mcm baca
dengan bersungguh. tapi sekarang baru tahu maksudnya apa, terus jadi sedih
dan sangat menyesal sebab kenapa tak berdoa betul-betul. nak tahu tak
maksudnya?

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki) 
Wahdinii (berilah aku petunjuk) 
Wa'Aafinii (sihatkan aku)  
Wa'fuannii (maafkan aku) 

besar sangat-sangat maknanya bagi saya. sepatutnya kita menghayati setiap
doa yang kita sebut tu. hmmm.. takpe sekarang dah tahu, boleh ubah sikap.
siapa yang selalu baca doa duduk antara dua sujud laju-laju, boleh ubah
sebab besar sangat-sangat actually makna doa yang kita baca tu. ok dan
lagi satu, saya bukan alim ulama' tolong lah jangan nak judge saya yg bukan2.
saya cuma nak jadi orang yg saling ingat-mengingati je. peace :)

2 comments:

SYAKIRA said...

terima kasih berkongsi :))

✿....rossa alina....✿ said...

thanksa sharing sis... =)

Followers