10/07/2010

you are not that perfect.


begitu juga dengan saya. dari segala segi saya tak pernah perfect. jauh dari segi
muka, pelajaran, cinta apa-apa jelah. mesti ada flaws sana sini. tapi tak ape.
sebab memang dalam dunia ni, Tuhan dah takdirkan yang tiada manusia sempurna.
jadi, kena ingat lah. kita tak sempurna. kau tak sempurna. aku tak sempurna.
jangan ingat kita bagus, orang lain tak bagus. jangan ingat kita pandai, orang
lain tak pandai, jangan ingat kita mampu nak beli itu ini, orang lain tak mampu,
jangan ingat kita tahu semua benda, orang lain tak tahu, jangan ingat kita perfect
lah senang cakap. aku tahu kita tak boleh nak nilai diri sendiri sebab kita tak
nampak diri sendiri. tapi aku nak ingatkan, cuba sebelum kau buat apa-apa. kau
fikir apa kau nak cakap, kau fikir apa kau nak buat. sebab sekarang ni aku dah
start menyampah. aku kalau dah menyampah, nak pandang muka kau pun tak
boleh tau. memang lah mungkin ko tak rasa apa-apa kalau aku tak pandang
muka kau kan? tapi kita kan rapat. nanti orang perasan macam mana?

dah lama dah aku sabar dengan perangai kau sebenarnya. annoying sangat2.
walaupun aku sedar kadang-kadang perangai aku annoying, aku cuba kawal.
aku diam ke. dengar lagu, buat bodoh, tapi kalau kau? semua benda kau nak
betul. semua benda kau nak perfect. kau selalu ingat apa yang kau beli, apa
yang kau pakai semua adalah lebih baik dari orang lain. kenapa ek? miskin
sangat ke kawan-kawan kau yang ada dekat sekeliling kau ni? dan lagi satu,
kalau kau standard sangat, kenapa kau dress up macam tu? kau kata kau
tahu  fashion, kau kata kau fashion foward lah kan? tapi asal kau tak dapat
terima kalau kawan ko tukar style baru? kenapa kau selalu nak discriminate
orang? asal ko tak dapat terima orang lain nak buat perubahan? kenapa kau
nak orang lain terutama kawan-kawan duduk tak bergerak2 dekat comfort
zone dieorang? aku tak marah, aku cuma nak luahkan perasaan aku. lebih baik
aku tulis dekat blog dari aku cerita dekat orang lain kan?

 ya Allah, kenapalah kau annoying sangat-sangat ni? menyampah sangat-sangat
dah aku ni. kenapa kau selalu sibuk hal orang? kenapa kau sibuk2 uruskan duit
orang, orang nak pakai theme hp apa, orang nak pakai baju apa, orang nak
uruskan hidup macam mana, orang nak keluar, orang nak belajar macam mana
semua kenapa kau mesti nak sibuk?  jahatnya aku sebab cakap macam ni,
tapi aku memang dah tak tahan sangat dengan perangai kau yang konon mcm
angel tu. aduhai, kau rancang je lah hidup kau sendiri. ha dan lagi satu, kenapa
kau tipu parents kau? kat rumah bukan main baik, dekat sini ya Allah tak serupa
orang. entah lah kalau nak cakap pasal kau. tak habis kot. biar lah kau dengan
dunia kau. aku tak dendam pun. cuma, kau bukan kawan terbaik lah. chill :)

1 comment:

lassiegewdix said...

orang nak pakai theme hp apa '
aiyoo . mmg annoying kalau mcmgini ?
ermm . kes culture shock kowt yunk ?

Followers