11/06/2010

Iqram Dinzly tegur perempuan bertudung tapi.....

assalamualaikum :)

hai semua. sebelum saya memanjangkan entry saya ni. saya nak cakap 
dulu, saya pun bukan orang yang terlampau baik, tak sempurna dari 
segala segi, bukan dilahirkan sebagai ustazah dan kadang-kala ada juga
hukum-hukum yang saya masih tak tahu. tapi saya ada akal dan fikiran
untuk fikir mana baik mana buruk, saya ada Allah untuk saya takut dan
percaya, dan saya ada kedua ibu bapa yang saya sayang seperti nyawa.
jadi untuk membuat sesuatu yang dapat mengaibkan mereka is a no-no
thing. cuma sekarang ni, saya rasa perempuan yang bertudung, dah 
tidak boleh dihormati lagi.bukan semua. tapi segelintir. saya bercakap
pasal perempuan bertudung di sini, sebab saya pun bertudung, dan apa
yang saya selalu nampak adalah perempuan yang bertudung buat.

Iqram Dinzly pun sendiri ada nampak dan tegur pasal perempuan 
yang bertudung, tapi keluar dengan boyfriend berpeluk-peluk, beri
lelaki pegang satu badan. apa gunanya tudung yang nak tutup aurat
tu, kalau seluruh badan dan maruah yang sepatutnya di jaga dah bagi
orang pegang? itu pendapat saya. jangan mudah melatah ye semua.





bukan nak cakap iqram baik. tapi bagus lah dia tegur. sebab dia kan artis,
apa yang dia cakap akan di baca oleh ramai orang. jadi, bagus lah cara dia
menegur, tapi ada ramai jugak yang berlawan kata, cakap perempuan
bertudung pun ada nafsu, memanglah bukan perempuan bertudung ja,
makcik cleaner, tukang cuci longkang, beruk, kambing semua pun ada
nafsu, tapi tugas kita kat sini adalah jaga diri kita, jaga batas kita. kita kan
ada tuhan. adoii... bukan kat sini nak cakap saya sokong iqram dinzly 
ke apa. sebab saya pun dah nampak banyak kali depan mata. bukan
nak cakap diri baik, cuma tak tahu lah. cakap banyak-banyak nanti 
orang menyampah pulak. btw, siapa yang terasa tu. no offense yer. :)


15 comments:

Lia3003 said...

iqrqm kena fikir, dia berlakon peluk2 orang gak...

Sharinginfoz said...

kena faham betul2 sebab apa bertudung

fezaL Mohd said...

tu la . susah .

fezaL Mohd said...

tu la . susah .

hudhud said...

susah la cakap pasal ni babe. dulu ada ramai yg bergaduh2 kat fb sbb ada satu group ni 'walaupun kami free hair tp kami tak jahat'
tu pun ramai yg cakap xpakai tudung dah berdosa, so jahat la. terasa gak i org ckp cmtu. bg I, lantak la org nak pertikaikan kita apa. janji kita tau apa yg kita buat.

mcm u ckp la, cakap byk2 kang org menyampah plak huhuhu

annadzirah said...

menegur tak salah, tapi kena cermin diri sendiri.
tapi tapi..
tak tegur pun salah.

HAHAHA.


BLOG UPDATED ; Masalah Itu Dugaan Itu Masalah.

♥✿♥ Fariza ♥✿♥ said...

sokong dgn lia3003.
(xkira berlakon atau bergambar)

xkira artis atau apa, mrk tetap manusia biasa. xkan lari dari kesilapan. sepatutnya, jgn mahu salahkan yg bertudung shj. bertudung atau x, sama je. melainkan keimanan sendiri dan cara mengawalnya. cuba lihat, bilamana org yg x memakai tudung, ditangkap, kemudian, menyesal dan memakai tudung, kenapa?

jangan salah ertikan pemakaian tudung. mmg tudung berbagai2 fesyen. tapi harus ingat, fesyen tudung pun menampakkan aurat (stgh) dlm berhias.

tudung hanya perhiasan. tetapi hati perlu bersih dr semua2 benda itu. cth : jika iqram kahwin dgn fouziah gous yg x memakai tudung, smpai bila dia mahu isteri dia free hair? di akhirat akan ditanya.

sy hanya mengeluarkan pndpt dan taklah mengatakan sy ni sempurna dlm agama. tetapi harus ingat, ilmu agama harus ditimba.

maaf, membebel pula. :)
hehehehehe

einaz shah rizal thomas said...

yo !
eh haiy owner belog..
jalan-jalan lagi.. (:

love: einaz (:

lassiegewdix said...

susah lerh nak cakap .
coz nak ckp lebih i sendiri tak bertdung kan .
tapi tak kire lerh bertdung atau tidak .
yang penting jage maruah .
rite ? :)

cik EPAL said...

suka komen fariza. hehe. nak cakap isu bertudung ni. ada sesetengah orang cakap isu ni sensitif. but depends on individu la. tak kata semua bertudung tu x pena wat dosa. yang free hair tu jahat and apa semua la.tk jugak benda ni semua terletak kat keimanan masing masing. masing masing dah besar kan. dah tau baik buruk =)

:: Mikhaeyl & Rafaeyl :: said...

susah nak komen sbb nanti ramai yg sensatif tp betul la.. kpd yg bertudung tu jg adab.. kamu cermin muslimah.. jngn kerana beberapa kerat yg tak pandai jaga akhlak semua wanita bertudung kena tempias

ShA-RiFa said...

hi..
blog awk di tag ntuk award...hrp sudi time..

http://owhhsnap.blogspot.com/2010/11/interesting-blog-award.html


*love reading ur blog

Ogy said...

salam ziarah....

ieza ♥ said...

adei~ nk kne tnye gak yg sntuh2 bdn tu laki dia ke x..kalo ye, tp kta dh t'ckp "ala.pakai tudung, tp duk biar laki tu raba2"..ni kan dh fitnah? dhla raba2 tu takat pegang pinggang ms jln2 jew..ape pndpt anda? hehe

skybrown said...

ape ponw sembahyang jagn tinggal..
tiang agama tuw..!

Followers