1/27/2011

Nak cerita tapi...

ngantuk... 

hahaha apelah pemalas punya orang. nak cerita panjang lebar ni.
boleh pulak pilih time mata dah ngantuk kan? tapi nak cerita jugak,
disebabkan dalam keadaan ngantuk dan confirm kalau baring sekarang
memang tidur, jadi i nak cerita pendek dan sependek pendek yang boleh yer. :)

thaipusam yang lepas, i dan housemate tunjuk hebat dengan
menaiki bukit broga. itu first time naik weh. mesti orang lain semua dah sibuk
boo dah dekat belakang kan? sebab orang lain dah tiap-tiap minggu naik,
i baru terhegeh-hegeh nak naik pulak. tapi apa-apa pun memang sangat best
dan memenatkan. dah lah last minute plan, stamina pun lebih kurang setakat
nak naik bukit tongek uitm je. jadi, dapat bayangkan tak macam mana kitaorang naik
broga hill dengan kurang persediaan dan boleh kata dengan terburr-buru
jugaklah kan. jadi, naik dengan tercungap-cungap dan tak
cukup nafas jugaklah. hahaha

tapi memang best lah. untuk orang lain tak tahu lah macam mana kan,
tapi bagi i agak penat jugaklah nak naik atas tu. 4 5 kali jugak lah berhenti tepi
sebab nak tarik nafas panjang sikit. dan bila waktu nak turun tu kan, memang superb
best. siap slide slide lagi tu dan kena brek guna kaki. memang best lah. lepas tu
balik rumah, lutut masing-masing dah lembik haha lepas pergi broga, kami pergi pulak
sg.tekala. takdelah best sangat, tapi air sejuuuuuuuk sangat. tu lah part yang bestnya. :)
okay jom layan gambar.


























No comments:

Followers