3/04/2011

Manusia pelik.

THIS POST IS NOT FOR ANYONE SPECIFIC.

hey thanks for not reading my blog haha sorry ive been really annoying lately.
sebab dah tak tahan dengan sikap beberapa orang kat sekeliling. kalau ikut kan
hati yang tengah meronta-ronta ni. rasa nak penampar jer muka tu biar berterabur
gigi sekali dengan gusi-gusi tu sekali. biar tak dapat makan lepas tu kebulur.
ha amek kau.

banyak manusia pelik yang aku jumpa sejak akhir-akhir ni. rasa tak tahan sangat
dengan kepelikan dieorang tu sebab nak tulis kat sini. walaupun dieorang tak baca
tapi saje je nak luahkan. okay mari kita buat senarai manusia pelik!

1. Manusia yang suka perasan secara pelik
ni jenis manusia yang suka perasan tak tentu pasal. sekarang ni kan zaman moden
ada facebook, ada twitter, ada blog, ada apa lagi ntah kan. lepas tu apa yang kita
cakap dekat semua tempat tu, semua dia ingat cakap pasal dia. semua dia nak
sentap, semua dia nak terasa hati. macam kes kawan aku si F (nama xleh sebut
nanti kantoi ah kan). dia bukan cakap pasal orang tu pun, tapi orang tu duk sibuk
terasa hati lebih macam orang bodoh-bodoh ayam.

2. Manusia berkawan dengan perasaan cemburu
Ada sesetengah orang ni, jenis mulut cakap lain hati cakap lain. mulut cakap baik
tapi hati duk mencarut-carut. kawan bukan main baik lagi, laga-laga pipi senyum
sampai ke kening, tapi sebenarnya dekat belakang duk mengata kawan tu. duk
dengki kalau kawan tu lebih sikit, sakit hati kalau kawan tu happy. senang cakap
hipokrit lah. depan baik, belakang pijak anak kuman pun tak mati.

3. Manusia yang kedekut kawan
Ha yang ni aku pernah mengalami sendiri. sebak dada aku nak gelak, nak marah
dalam pada masa yang sama. orang macam ni aku akan panggil bangang je lah
senang. sebab memang bangang, kau dah besar panjang, tapi kau macam budak-
budak sekolah darjah satu. eh awak tu kawan kita lah. tapi bila dah besar ni cara
nya lain sikit lah. caranya macam ni, duk berkepit dengan orang tu. lupakan org
sekeliling, kalau berjalan bersama nak jalan paling rapat dengan orang tu. tinggalkan
orang lain. kalau duduk tengah2 pulak, akan sentiasa pandang ke kawan yang dia
sayang sangat tu. tak hirau dah orang lain. macam bercinta pulak dh jadinye. dan
kalau kawan dia tu kawan ngan kita, terus buat muka masam. terus kalau apa2 hal
nak duduk tengah2 supaya tak ketinggalan. bangang ke tak bangang?

4. Manusia yang takde mood secara tiba-tiba
Ini adalah parasit dalam hati aku. kalau aku jumpa orang macam ni, memang aku
malas nak layan. malas nak tegur. malas nak pandang. malas nak berada dekat
sekeliling orang macam ni. rimas. takut tertumbuk. yang jenis kalau marah kat
orang lain, orang lain yang kena marah. lepas tu nanti menghempas-hempas
barang. macam bullshit kot. adoi..... orang macam ni kalau sekali dua takpelah,
mungkin kita faham sebab marah sgt ke apa. tapi kalau dah 4 5 kali. tak ke rasa
wajib tumbuk?

entah lah... banyak lagi manusia pelik yang aku jumpa. nanti kalau ingat lagi. aku
akan senaraikan semua nya k? dan tak lupa jugak aku banyak cacat cela perangai
buruk sana sini. tapi aku cuba nak jadi yg terbaik untuk orang kat sekeliling aku.
kalau ada silap salah aku, tegur lah secara berhemah sebab aku boleh menerima
teguran dengan sangat tenang dan cara nak menegur tu kenalah betul. kalau main
tengking2, memang nak makan segala tangan ngan kaki aku lah kan. ok bye.
thanks for reading :)

6 comments:

Eff Allan said...

Soalanya sekarang ni adakah aku tergolong dalam golongan manusia pelik ni? HAHAHA aku dah serik berkias2 ni weh ;p

wanstar said...

tips promote blog

http://reduan-wanstar.blogspot.com/2011/03/tips-cara-promote-untuk-blogger.html

NADIA said...

hahaha setuju sangat! banyak sangat manusia pelik sekarang.

izni diyana said...

huhuhu...
sngt2 setuju...
kalo jmpe owng pelik cam ni...baik bg tomoi je

eykameow said...

ishhh.bila baca entry ni aku tetibe terperasan yg aku pun selalu jumpa manusia pelik pd number 2 dan 4 . eee ulang balik selalu :) yg lain jarang ngeee

Aisya J said...

HAHAHA setuju sangat! mostly kawan saya mcm ni jugak -__-"

Followers