3/02/2011

Saya nak jadi anak yang tersangat baik.

assalamualaikum semua. rasanya dah lama gila tak update pasal diri sendiri. tak update
pasal hal peribadi. kenapa agaknya ek? nak tahu tak sebab apa? sebab i terlampau
dengar cakap orang. takut nak dengar apa orang cakap. malas nak dengar orang sekeliling
bercakap pasal kita, bila dia dah tahu apa yang kita buat. ramai kawan-kawan dah
tegur dah, kenapa update blog pasal benda yang random? kenapa tak update blog 
pasal diri sendiri. yelah, kalau blog pasal diri sendiri, pendapat sendiri mana orang nak
baca. melainkan kau hot cantik meletup-letup ada lah orang nak baca blog kau walaupun
kau update pasal muka kau tumbuh jerawat dekat dahi hari ini. 

dan sekarang trend terbaru orang sibuk nak buat duit dengan blog jadi program 
membaca blog untuk mengenali tuan punya blog atau untuk mendapat information 
sudah terjadi less important. dan sekarang blog banyak tumbuh mencanak-canak 
terjadi lah suatu kejadian dimana supply more than demand. orang yang nak membaca 
kurang, tapi orang yang nak menulis bukan main banyak lagi. dan sebab itu, 
terjadi lah kurang pembaca. ;) jadi, i nak berubah kepada manusia selfish sekarang
jugak. dengan tidak menghiraukan kata-kata orang dan menjadikan blog ini memang
blog saya. bukan blog orang lain. okay dah. 

hari ini balik je dari test pukul 4.30pm terus pergi subang airport beli tiket untuk papa
dan ambil papa dekat Mines golf club untuk datang shah alam. kiranya whole night 
spend dengan papa dan sangat happy sebab rinduuuuuuu sangat :) walaupun sebenarnya
penat sangat tapi i nak jadi anak yang baik dan i akan berkorban apa saja untuk family
i. insyAllah. segali ada ibu bapa kita dekat dunia ni, please guys do appreciate them.
jangan sia-siakan dieorang. pergi cium dan peluk dieorang sekarang. sebab when they
gone, you cant buy them!








sorry saya tak cantik macam awk. dah puas hati? boleh berhenti bercakap
pasal saya sekarang?


No comments:

Followers