4/17/2011

Perlu ke make up tebal-tebal?


cantiknyaaaaaa.... suka sangat dekat rozita che wan sebab terlampau cantik.
cantik sangat-sangat sampai aku tak tahu kat mana pada diri dia ni yang
boleh menjadi kekurangan. tapi persoalannya sekarang, perlu ke makeup tebal2
ni? mesti ade org ckp, perlu lah dia kan artis. pergi mana-mana semua
orang kenal, jadi perlu lah kelihatan cantik. betul jugak kan, dia kan artis. hehe
cuba kalau dia tak make up? 


cantik lah jugak, tapi orang pandang sekali je. kalau makeup, mesti orang nak
pandang 2 3 kali kan? kan? 

macam mana pulak kalau orang yang bukan artis, tapi makeup tebal-tebal gila
mengalahkan artis? tu apa tujuannya sebenarnya? pernah sekali aku tengok
web makeup artis ni, malas nak sebut nama sebab korang mesti kenal punya.
ada lah kawan dia ni, boleh kata famous jugaklah dekat FB sebab dia berkawan
dengan budak-budak tv9 kan. gambar dekat fb memang sangat cantik weh,
sekali bila aku tengok web makeup artis tu, gambar before and after kan,
gambar before dia subhanallah, lain sangat sangat. bukan lain je tapi boleh cakap
muka orang biasa-biasa je atau boleh cakap tak berapa cantik lah, tapi sekali
bila dah makeup, mak aihhhhh cantiknyerrrrrrrrr..... memang confirm ramai orang
ngorat.. dasyat betul penangan make up ni kan? mungkin tu lah antar sebab kenapa
ramai perempuan sekarang makeup tebal-tebal kot.

dan dan aku nak bagi tahu sebenarnya lelaki (sesetengah je kot), tak suka perempuan
yang make up tebal. hari tu my classmate(lelaki) tengok-tengoklah gambar my friends
dekat facebook, then aku cakap lah ha dia ni cantik, dia ni cantik. pastu dia cakap
makeup tebal gila weh. tak cantik. and dieorang cakap perempuan kalau makeup
tebal sangat, tak cantik, rimas nak tengok, rasa nak lempang. AHAHA diaorang yang
cakap k bukan aku. okay biarlah nak makeup tebal ke tak. terpulang kepada individu
tu sendiri. kalau make up untuk self confidence then you go with it :)

jom cuci mata dengan gambar-gambar artis tanpa makeup.






thanks for reading. no hard feelings yeah? :)



5 comments:

Munirah said...

makeup tebal2 nanti tak boleh nk garu2 pipi kalau gatal, gosok2 mata bila ngantuk..oh rimasss.

ween said...

wow. lisa natural beauty :)

sherah said...

uisy lis surihani paling lawo

taz said...

tapi i suka main make up. hikhik :P

Tasha said...

bergantung la...... ada yang cantik tak make up. ada yang tak cantik kalau tak make up. tebal atau nipis itu individu~ tapi paling penting pandai sesuaikan diri dengan suasana.... takkan nak g jogging pun nak make up kan?? kan?? hehehe...

Followers