5/08/2011

aku belajar...

ini blog peribadi. di ingatkan kalau suka teruskan bacaan kalau benci boleh buat apa
saja yang kamu semua sukai. aku hidup dalam keluarga yang sempurna. terima kasih
Tuhan. aku di ajar untuk tidak mungkir janji dan supaya menepati masa. aku diajar
supaya ingat segala tarikh penting untuk keluarga aku. aku di ajar untuk tidak menjadi
kan alasan jauh(jarak) sebagai satu alasan untuk lupa dan tidak menghargai.

sepanjang aku hidup, aku belajar selain daripada keluarga, kawan-kawan juga boleh
memainkan peranan penting dalam hidup aku, jadi aku belajar untuk mendahulukan
mereka dan kemudian kan diri aku. aku belajar supaya aku yang merasa susah dan
biarlah mereka yang senang. aku mudah rasa simpati. aku mudah menangis. siapa tak
pernah tengok aku menangis memang bertuah, sebab aku perempuan yang murah air
mata. dan sebab itu ramai anggap aku lemah. semakin aku dewasa aku belajar kawan
tidak boleh sampai ke mati. berkawan baik bukan satu rancangan, kita tidak memilih
siapa kawan terbaik, dia akan datang sendiri. dan sampai sekarang aku masih terfikir
which one of them will be labelled the terbaik?

sekarang secara serious aku sedang merasa kecewa dengan sikap orang sekeliling.
aku sedih dan sangat kecewa dengan setiap mereka yang terlalu mementingkan diri.
dan sekarang baru aku percaya, yang tiada siapa boleh bersama aku seperti keluarga
aku. aku jarang berada dalam keadaan susah, dan bila aku berada dalam keadaan itu.
baru aku kenal siapa kawan dan siapa "kawan" :)

post ini adalah untuk semua secara spesifik. jangan ingat diam itu kalah. aku cuma
bersabar. ingat tu kawan-kawan.

No comments:

Followers