11/25/2011

berkenaan dengan usia.

usia adalah hanya satu nombor mungkin tak relevan lagi bagi aku sekarang.
sebab aku dapat rasakan, semakin umur kau meningkat semakin kau berubah
menjadi dewasa. mungkin kau tak dapat rasa, tapi dalam sesetengah perkara
kalau kau lihat betul-betul mesti kau percaya. bagi aku benda yang paling
ketara aku nampak dalam diri aku adalah sekarang aku dah tak peduli
dengan perkara remeh temeh. aku tak bergaduh dengan kawan aku sebab
benda kecil, aku tak mudah terasa hati kalau kawan aku tinggikan suara
kat aku. kalau ada perkara annoying yang kawan-kawan aku buat pun,
aku akan ambil pendekatan duduk diam-diam pasang earphone dengar
lagu kuat-kuat, atau bahasa simple, aku buat tak tahu.

bila umur aku dah semakin meningkat, aku mula rasa malas nak mintak
duit kat mak ayah aku sebab aku rasa macam aku sepatutnya ada duit
sendiri, tapi nak buat macam mana, dasar pelajar tak bekerja duduk
rumah menghabiskan duit mak bapak, itu lah nasib aku sekarang. dan
aku rasa yang aku bertanggungjawab tentang perihal adik-adik aku.
apa yang terjadi kat dieorang semua aku nak ambil tahu, tapi ni aku
rasa bukan pasal umur aku meningkat, ni pasal aku dasar kakak penyibuk.
tapi takpe lah at least aku ada inisiatif nak ambil tahu pasal adik2 aku.

yang penting apa aku nak cakap adalah, aku sekarang sedar yang ada
certain things dalam hidup aku ni berubah sekali dengan usia aku.
aku pun masih tak dapat nak figure out semua nya lagi... sebenarnya
jugak entry ni macam useless sikit sebab apa yang aku nak sampai kan
tadi sebenarnya kalau diikutkan apa yang dikarang dalam otak adalah
lebih broad, tapi yang keluar nya seciput. tapi xpelah, pelan-pelan kayuh.

No comments:

Followers