1/27/2013

Penipuan harga yang melampau

Assalamualaikum!

Pertama sekali, rindu blog! Dah lama gila tak tulis, tak jenguk blog yang tak famous ni. Hari ni tergerak pulak hati den nak menulis sebuah entri berbaur kemarahan. Marilah kita..

Di tengahari yang maha panas tadi, kami sekeluarga pergilah makan di sebuah gerai yang memang sangat sedap. Famous dengan masakan gulai lemak cili api di sebuah daerah Nilai.
Pada yang duduk area Nilai, if you guys know, its at Jalan Batang Benar. Betul2 dekat traffic light menghala ke daerah Mantin. Dekat exit highway Lekas. Hari ini kali ke-2 kami makan di kedai ini. Kali pertama memang kami realize kemahalan harga makanan. Tapi sabar lagi sebab sedap kan, jadi sabar dan makan. sabar dan makan.

Kali ke 2 ni rasa macam tak boleh sabar dah. rasa macam amboi kau ingat aku orang KL ke. Aku orang Nilai je weh, tak payah ingat aku ni tourist datang nak shopping Nilai 3, aku ni orang Nilai, rumah sekangkang kera je dengan Nilai 3 tu woi!

Ha, sebelum mengamuk. Konsep kedai ni macam ni. Kau just tunjuk apa kau nak makan sebab dia sediakan periuk-periuk besar penuh dengan lauk. Jadi cakap, nak makan nasi berapa, lepas tu tunjuk nak ikan ni bahagian isi, nak sotong 2, nak daging ni semangkuk ke apa, macam tu lah. Lepas tu kita pun makan.

Lepas HABIS makan, maknanya makanan dah habis dan selamat masuk perut lah kan. Jadi, baru lah dtg orang untuk kira. Makanan dah habis baru nak kira, i just dont get it. Dan tiada satu pun harga makanan di display/pamerkan di kedai. Tiada. Non. Non ado! Jadi kita kadang-kadang tak boleh nak estimate yang berapa harga bakal kita bayar.

Tadi kami berlima. Makan hidang, bukan ambil sorang satu lauk masuk pinggan. Makan hidang, makan hidang. Kalau tak faham. Just google. And kami makan :
1. Nasi putih 5
2. Ikan jenahak seiris (bahagian isi) masak lemak cili api
3. Sotong sambal 5 ketul (saiz sederhana besar) + lembik, tidak segar
4. sayur kacang sorang makan
5. and my dad mintak kuah tambah (di charge juga)
6. ais kosong, tea o ais 2, sirap limau

Total harga RM63.70 . Bagi aku sangat mahal. What is this? Sotong sampai RM5 seketul. Ikan jenahak sehiris RM13, sayur RM10, kuah RM5 ya Allah serious macam unexpected.

Kalau ada harga, at least kiteorang boleh bersedia dari awal dari segi mental dan fizikal lah. Ini its just unexpected. Orang hantar makanan lain, orang kira lain. Ini bukan masalah tak mampu nak bayar, this is just ridiculous. We can pay (insyAllah) RM63.70 but dengan portion makanan yang begitu sikit, I just cant, just cant. And kami ada order ayam berempah yang besar portion nya dengan harga RM4.50 sahaja seketul. Nasib baik ada ayam tu, kalau tak aku nangislah makan sikit bayar mahal.





Kalau nak pergi makan, pergilah. Memang sedap. Tapi mahal lah. Bawak bersabar. Tapi sebagai pengguna kita ada hak kan? Jadi, saya gunakan :)


4 comments:

Cik Eka said...

rasa geram kan bila kita pergi makan,kemudian makan pun ala2 je kata orang,tapi regaaaaaaaaaa,mahal..!

eka paling tak suka kalau kita ambik2 lauk,dia tak kira.Eka mesti akan panggil orang tu dtg kira.sebab dah banyak kali terkena.

takpe.buat aduan gini.sebagai pengajaran.

Anonymous said...

saya g makan smlm nasi separuh...ikan jenahak isi sayur air kosong rm23.50 huwaaa x nk mkn kat situ dah

Anonymous said...

Memang mahal la kt citu...sume org pun tau..tp tula..sedap

sani said...

Kedai makan kat situ memang gila babi harganya...ikan keli kemetot dan kurus kering pun RM 6 seekor....walhal kalau beli kepasar boleh dapat 7-8 ekor sekilo dgn harga rm6-7 sekilo

Followers