1/16/2017

Tips naik train di Jepun (Tokyo)

Fuhh. Berhabuk blog, its been a while since I left this blog and today is the day I decide to blog again. Boleh kan?

Assalamualaikum, hopefully entry ni bermanfaat untuk semua yang nak pergi jepun especially area Tokyo. I just got back from Tokyo and masih fresh lah nak bercerita.

Sebelum pergi Jepun hari tu memang banyak sangat baca blog orang lain, and most of them cakap susah and complicated sampai I rasa macam takut nak pergi, takut sesat and macam decide dalam hati nak naik teksi je or hire private driver kat Jepun (over kau). but lepas I dah pergi I rasa, tak complicated, seriously. But make sure you do your homework, make sure ada itinerary, tahu nak pergi mana.

Suica card
Suica vs Pasmo Card in Japan by Myfunfoodiary:

Bila sampai Jepun nanti, especially sesiapa yang plan nak stay and jalan-jalan area Tokyo je, beli Suica card sebab memudahkan, tak perlu nak beli ticket setiap kali nak naik train, just touch je suica card dekat mesin tu. Senang gila! Untuk tak pening kepala, nak mudah cerita beli Suica card dekat machine waktu sampai Haneda Airport. Mula-mula beli I masukkan 2000Y dalam suica card, dia akan tolak 500Y as deposit dan ada balance 1500Y untuk guna, kalau tak cukup boleh top up dekat machine before gate nak masuk tu mesti ada, ada english so memang senang. ada machine yang minimum topup 1000Y ada yang 500Y jadi ikut lah kesesuaian.  Jangan risau kalau ada duit lebih, sebab nanti boleh refund balik dekat Haneda airport (just tanya information counter).

Google maps 

Waktu buat itinerary, i banyak based on google maps untuk cost and train apa nak naik and turun. Siap-siap tulis dekat itinerary jadi senang nak refer, make sure line apa nak naik, kat mana nak transfer and nak turun. Dan kalau nak pergi sesuatu tempat, make sure tahu exit mana nak pergi sebab ada banyak exit, kalau salah exit nanti nak mencari jalan yg betul tu satu hal (jauh gila okay).

Dan jangan lupa download google maps application dekat phone k? So its easy, kalau incase dekat Tokyo nak tukar plan, nak tukar tempat boleh guna directly apps dekat phone je kan?

I bagi contoh, nak pergi Ueno Zoo (omg depressing and sad sgt zoo ni, nnt i cerita kat next entry k).
Katakan you guys stay dekat area shinjuku, your closest train station is shin-okubo station. Mesti tahu your closest train station.




Alright, kat sini kita boleh tengok, perjalanan ambil masa 28minit, cost 200Y, no transfer (shin-okubo direct je terus ke ueno station) waktu dekat shin-okubo station, cari Yamanote line for ikebukuro/ueno Platform 1. Sometimes yamanote line ada banyak, jadi tu sebab kene tgk for ikebukuro/ueno etc and platform number supaya kita tak salah. Sampai ueno station kita kene cari exit yang betul, ni boleh google je. contoh google ueno zoo exit  nanti dekat website or sometimes other blogger ada inform nak kene keluar exit mana, so kita just ikut je. Ueno zoo, Park exit. Settle. 



I memang banyak guna goolge maps kat sana, sebab banyak tukar plan and tukar tempat. kalau macam tak tahu jalan, i akan guna google maps jugak, jadi macam waze. But make sure you guys ada unlimited wifi kat sana, kalau tak, tak boleh guna. :)


I rasa tu je kot, yang penting ada suica card, ada google maps app and tahu nak exit mana. Confirm tak sesat insyAllah. Kalau ada apa-apa nak tanya comment je kat bawah ok.

See you at next entry.






No comments:

Followers